Tuesday, 10 January 2017

PENDAHULUAN


          Pada era yang berteknologi semakin canggih ini, ini, hari kian hari kita dihidangi dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai jenis filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam filem ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong pengeluaran filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserapkan kepada para penonton. Lebih-lebih lagi daripada golongan  remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam pemprosesan pembelajaran.

 Hal ini amat membimbangkan bagi ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal yang  ditakuti boleh menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.


Dalam konteks ini, amalan khurafat dan syirik adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan amalan khurafat dan syirik. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat juga boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang unsur-unsur amalan khurafat dan syirik dalam filem yang mempengaruhi minda penonton dan para masyarakat.

No comments:

Post a Comment