Amalan syirik banyak mempengaruhi
penonton dan masyarakat, salah satunya apabila ingin mendirikan rumah baru,
antara syarat dan adat istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru
ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi
besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar
sebagai upacara memulih rumah tersebut. Acara-acara tersebut akan dilakukan
oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan
dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah
tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin
dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah
itu.
Selain itu, upacara menurunkan kapal/perahu baru ke laut.Upacara ini di
lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada
gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara
dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan mentera
dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.Malahan ada juga majlis upacara
tolak bala. Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah
kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk
membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung
tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut. Kenduri tolak bala
sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan
syarat iaitu tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam
majlis tersebut dan melaksanakan
kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.Adat istiadat
cara persandingan juga merupakan amalan syirik kerana ia salah satu bentuk
pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya
meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita. Persandingan secara ini
memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di
sebelah pihak lelaki pula Bomoh
sebagai
pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja
sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah
pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari.
Di samping itu, mengandung ataupun
kelahiran bayi juga ada amalan syirik dilakukan antaranya sebelum ibu
melahirkan anak, bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut.
Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh
lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di
letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara
pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.
No comments:
Post a Comment