Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah
cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta (al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus
Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada
perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Malahan juga khurafat
merupakan kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan
dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan
konsep tauhid dan syariat
Pegertian
khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas,
khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan
dusta.
Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan
perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau
tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan
dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang.
Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber
dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula
dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia
merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur
kebenaran.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda
bermaksud,
'' Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada
malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang
dipercayai). "
Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara
ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai
perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian,
amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah S.A.W kepada
makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.
Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang
tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam,
tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah
iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersembah dan membuat
ancak.
No comments:
Post a Comment