Cara-cara bagi mengatasi
berlakunya masalah ini pihak yang bertanggungjawab mestilah mengenakan syarat
tapisan yang ketat, dengan berdasarkan impak negatif yang banyak daripada
filem-filem tersebut, menyarankan supaya pihak kementerian mengenakan syarat
tapisan yang ketat terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak
negatif tersebut daripada menular dalam jiwa para masyarakat yang menontonnya.
Pihak kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh
pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan masyarakat.
Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan
pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan filem. Selain itu, mengenakan
denda atau hukuman yang berat,kami mencadangkan pihak kementerian mengenakan
denda atau hukuman yang berat kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis
panduan tersebut. Hal ini dirasakan penting untuk mengelakkan para rmasyarakat
kita daripada impak negatif filem-filem tersebut. Denda dan hukuman yang berat
itu sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk melanggar
garis panduan yang telah ditetapkan itu. Sebagai contohnya, pengeluar filem
yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan hukuman penjara
mandatori agar dia tidak dapat mengeluarkan filem yang sama.
No comments:
Post a Comment