Pihak kerajaan perlu memainkan peranan
dalam mengatasi amalan syirik ini dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran
bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan
Negara. Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK
" dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya
anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.Selain itu, memberi
penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar kepada masyarakat.
Pihak
kerajaan perlu bijak menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam
pembentukkan akidah murni. Pihak yang terbabit perlulah mewujudkan unit
kaunseling dan pusat pembentukkan akidah terutamanya dikalangan remaja Islam.Di
samping itu, mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan
ajaran Islam. Bagi membanteras amalan syirik ini semakin berleluasa, pihak yang
berwajib perlu menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang
menyesatkan.Selain itu, peranan masyarakat juga penting dalam menangani dalam
masalah ini kerana masyarakat melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan
kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada
dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan
syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh
menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik. Dengan ini, sebagai seorang
individu juga perlu memainkan peranan penting kerana memandangkan dunia kini
semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada
semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan
teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan
betul supaya Allah tidak murka.
No comments:
Post a Comment