Tuesday, 10 January 2017

CIRI-CIRI SYIRIK


              Terdapat banyak jenis jenis ciri syirik yang menyelisihi sifat-sifat Allah S.W.T dan diantaranya ialah Syirik Rububiyyah yang bermaksud menyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi, rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat rububiyyah.Selain itu, Syirik Uluhiyyah merupakan iaitu menyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudarat atau manfaat dan memberikan syafaat tanpa izin Allah dan yang terakhir ialah Syirik Asma' Wa Sifat iaitu menyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib dan sifat-sifat yang lain yang merupakan ke khususan Rabb kita yang Maha Suci.

               Syirik yang kedua ialah syirik yang menurut kadarnya. Antara syirik menurut kadarnya ialah  Syirik Akbar (besar) iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.Selain itu juga, syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah daisti'anah kepada selain-Nya. Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWT atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.Syirik Ashghar (kecil) iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.Syirik Khafi (tersembunyi) iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaanorang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.


              Syirik yang ketiga ialah syirik yang menurut tempat kejadian dan diantaranya Syirik I'tiqodi iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.Syirik Amali iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.Syirik Lafzhi iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya,"Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).

No comments:

Post a Comment