Tuesday, 10 January 2017

DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK:
AMALN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI MINDA PENONTON & MASYARAKAT.BINCANGKAN

 CARA MENGATASINYA MASALAH  INI.
DLS5B
DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN NORAINI BINTI NAWAWI

DISEDIKAN OLEH:

NURSHAZWANI BINTI OTHMAN
02DLS14F2073

NOR ZULAIKA BINTI NOR ZAIDY
02DLS14F2037

NUR FATIN ASHWANI BINTI ZOLKIFLI
02DLS14F2049

NUR SYALIEARA SYAZIRA BINTI MOHD FEDLI
02DLS14F2063



SESI DISEMBER 2016

PENDAHULUAN


          Pada era yang berteknologi semakin canggih ini, ini, hari kian hari kita dihidangi dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai jenis filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam filem ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong pengeluaran filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserapkan kepada para penonton. Lebih-lebih lagi daripada golongan  remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam pemprosesan pembelajaran.

 Hal ini amat membimbangkan bagi ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal yang  ditakuti boleh menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.


Dalam konteks ini, amalan khurafat dan syirik adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan amalan khurafat dan syirik. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat juga boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang unsur-unsur amalan khurafat dan syirik dalam filem yang mempengaruhi minda penonton dan para masyarakat.

MAKSUD SYIRIK



Apakah yang dimaksud dengan syirik? Dan apa tafsiran firman Allah berikut ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.” (Qs. al-Maidah: 35).

           Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.
Demikian pula, apabila seseorang berdoa, ber-istighatsah, meminta pertolongan kepada bintang-bintang dan jin, atau mengerjakan perbuatan-perbuatan kesyirikan lainnya. Oleh karena itu, jika ia melakukan salah satu jenis ibadah tersebut, tetapi ditujukan kepada benda-benda mati, orang-orang yang sudah mati ataupun orang yang tidak berada di tempatnya, maka semua perbuatan ini termasuk menyekutukan Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَلَوْ أَشْرَكُواْ لَحَبِطَ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Dan seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (Qs. al-An’am: 88).
لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (Qs. az-Zumar: 65).
Adapun mengenal wasilah (perantara) yang disebutkan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya….”
 (Qs. al-Maidah: 35),
Maksudnya adalah ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan cara mengerjakan segala ketaatan kepada-Nya. Pernyataan ini adalah tafsiran yang dikemukakan oleh kebanyakan ahlul ‘ilmi.
Jadi, shalat adalah salah satu bentuk taqorrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sehingga ia disebut suatu wasilah. Begitu pula dengan menyembelih hewan karena Allah, (tindakan tersebut) juga disebut sebagai suatu wasilah (perantaraan). Puasa juga suatu wasilah. Sedekah-sedekah juga suatu wasilah. Berzikir kepada Allah dan membaca al-Quran juga suatu wasilah. Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ
“…Dan bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya...” (Qs. al-Maidah: 35).
Maksudnya adalah carilah wasilah (jalan, perantaraan) yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengerjakan ketaatan kepada-Nya. Seperti inilah yang dikatakan oleh Ibnu Katsir, Ibnu Jarir, al-Baghawi, dan ulama-ulama pakar tafsir lainnya.
Jadi, arti ayat tersebut adalah: carilah wasilah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengerjakan ketaatan kepada-Nya, dan di mana pun kalian berada mintalah pertolongan melalui segala wasilah yang disyariatkan oleh Allah, seperti shalat, puasa, sedekah-sedekah, dan lain sebagainya. Seperti ini pula maksud dari firman Allah dalam ayat lain berikut ini,
أُولَـئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ
Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Rabb mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya….” (Qs. al-Isra`: 57).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para pengikut setianya juga bertaqarrub kepada Allah dengan wasilah-wasilah yang telah Allah syariatkan tersebut, seperti dengan jihad, puasa, shalat, zikir, membaca al-Quran, dan hal-hal lain yang juga termasuk dalam kategori wasilah. Sedangkan keyakinan masyarakat umum, bahwa yang dimaksud dengan wasilah adalah menggantungkan diri kepada orang-orang yang sudah mati dan beristighatsah kepada para wali, maka keyakinan seperti ini adalah keyakinan yang batil.
Seperti itulah keyakinan orang-orang musyrik dahulu, yang telah Allah firmankan di dalam ayat berikut ini,
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ
Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemadhorotan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berakta, ‘Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah’.” (Qs. Yunus: 18).
Kemudian Allah membantah mereka dengan firman-Nya,
قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

Katakanlah, ‘Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?’ Mahasuci Allah dan Dia Mahatinggi dari segala sesuatu yang mereka mempersekutukan (itu).” (Qs. Yunus: 18).

CIRI-CIRI SYIRIK


              Terdapat banyak jenis jenis ciri syirik yang menyelisihi sifat-sifat Allah S.W.T dan diantaranya ialah Syirik Rububiyyah yang bermaksud menyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi, rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat rububiyyah.Selain itu, Syirik Uluhiyyah merupakan iaitu menyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudarat atau manfaat dan memberikan syafaat tanpa izin Allah dan yang terakhir ialah Syirik Asma' Wa Sifat iaitu menyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib dan sifat-sifat yang lain yang merupakan ke khususan Rabb kita yang Maha Suci.

               Syirik yang kedua ialah syirik yang menurut kadarnya. Antara syirik menurut kadarnya ialah  Syirik Akbar (besar) iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.Selain itu juga, syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah daisti'anah kepada selain-Nya. Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWT atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.Syirik Ashghar (kecil) iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.Syirik Khafi (tersembunyi) iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaanorang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.


              Syirik yang ketiga ialah syirik yang menurut tempat kejadian dan diantaranya Syirik I'tiqodi iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.Syirik Amali iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.Syirik Lafzhi iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya,"Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SYIRIK


              Amalan syirik banyak mempengaruhi penonton dan masyarakat, salah satunya apabila ingin mendirikan rumah baru, antara syarat dan adat istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut. Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

             Selain itu, upacara menurunkan kapal/perahu baru ke laut.Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.Malahan ada juga majlis upacara tolak bala. Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut. Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat iaitu tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut dan  melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.Adat istiadat cara persandingan juga merupakan amalan syirik kerana ia salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh

sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari. 

          Di samping itu, mengandung ataupun kelahiran bayi juga ada amalan syirik dilakukan antaranya sebelum ibu melahirkan anak, bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.   

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DALAM KALANGAN PENONTON DAN MASYARAKAT


        Pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengatasi amalan syirik ini dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara. Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.Selain itu, memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar kepada masyarakat.

Pihak kerajaan perlu bijak menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni. Pihak yang terbabit perlulah mewujudkan unit kaunseling dan pusat pembentukkan akidah terutamanya dikalangan remaja Islam.Di samping itu, mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam. Bagi membanteras amalan syirik ini semakin berleluasa, pihak yang berwajib perlu menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.Selain itu, peranan masyarakat juga penting dalam menangani dalam masalah ini kerana masyarakat melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik. Dengan ini, sebagai seorang individu juga perlu memainkan peranan penting kerana memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka. 

DEFINISI KHURAFAT


          Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta  (al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Malahan juga khurafat merupakan kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

          Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

          Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, 

'' Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). " 

Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah S.A.W kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.


Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersembah dan membuat ancak.

CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN


  •    mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
  •    mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

  •     membuang ancak bagi menghalau hantu

  •   mengunjungi kubur yang dianggap keramat

FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM






  • iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan            khurafat 
  • terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
  • ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT



         Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, Hadis, Ijma' dan qiyas adalah ditolak oleh Islam, Aisyah Radhiallahu 'anha berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

''Sesiapa yang mengerjakan pekerjaan (mengadakan-adakan) yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakan itu tertolak.''
                                                                                                  (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selain daripada-Nya bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Antaranya firman Allah Ta'ala:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ ۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
Makasudnya: "Katakanlah (kepada mereka) "kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang apa yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu: atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? katakanlah lagi: cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memiliharaku): kepada-Nyalah henyaknya berserah (bertawakal) orang-orang yang mahu berserah diri".

                                                                                                             (Surah az-Zumar: 38)

CIRI-CIRI KHURAFAT


  •  Tidak berdasarkan pada nas-nas syarak ( al-Quran atau hadis Nabi s.a.w)
  • Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut
  • Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
  •   Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya
  •  Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah

  •  Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

JENIS-JENIS AMALAN KHURAFAT



1.   Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi membuang sial.

2.   Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar dan adat semah pantai

3.   Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan membuang ancak ke sungai dan laut.


4.   Kepercayaan kepada petanda dan berpantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala.

CARA-CARA MENGATASI AMALAN KHURAFAT





                Cara-cara bagi mengatasi berlakunya masalah ini pihak yang bertanggungjawab mestilah mengenakan syarat tapisan yang ketat, dengan berdasarkan impak negatif yang banyak daripada filem-filem tersebut, menyarankan supaya pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif tersebut daripada menular dalam jiwa para masyarakat yang menontonnya. Pihak kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan masyarakat. Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan filem. Selain itu, mengenakan denda atau hukuman yang berat,kami mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal ini dirasakan penting untuk mengelakkan para rmasyarakat kita daripada impak negatif filem-filem tersebut. Denda dan hukuman yang berat itu sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Sebagai contohnya, pengeluar filem yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan hukuman penjara mandatori agar dia tidak dapat mengeluarkan filem yang sama. 

RUJUKAN








LAMPIRAN